.Followers.

Simple is Nice

Sunday, March 15, 2009

OIAM 3

ESTHER-BETTER IN TIME
Selain dari persembahan Aweera yang mengecewakan, disebabkan kegagalannya mendengar muzik yang dimainkan kerana keadaan studio yang bingit, persembahan Fify dan Esther malam tadi juga gagal menarik perhatian penonton.

Masing-masing menyanyikan karya Aidit Alfian, iaitu “Kalis Rindu” dan “Dialah Di Hati”, namun versi mereka hampir serupa dengan yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi asal. Semuanya kerana Aidit enggan membenarkan mereka merubah lagu itu dari melodi dan arrangement asal.

Syafinaz, yang tidak pernah gentar menyuarakan pendapatnya, serta juri undangan, komposer terkenal, Fauzi Marzuki, ketika siaran langsung rancangan meluahkan rasa kesal mereka atas tindakan Aidit.

“Secara logiknya, penyanyi asal sudah menyanyikan lagu itu mengikut kehendak komposer. Tagline One In A Million (OIAM) ialah “Find Your Own Voice” jadi sedikit kebebasan perlu diberikan kepada peserta untuk mengubah dan menyanyikan lagu tersebut mengikut gaya mereka, asalkan ia tidak merosakkan lagu itu.

"Dan walaupun lagu itu telah digubah semula, seperti yang dibuktikan Tomok, ia masih dapat diterima dan disukai penonton. Bagi saya, mengapa pendengar nak mendengar sebuah lagu, nyanyian penyanyi lain, yang tidak jauh berbeza penyampaiannya dari penyanyi asal?” jelas Syafinaz.

Tambah Paul Moss, “Penyanyi bukan mesin. Mereka perlu menjiwai lagu itu tetapi kebanyakkan komposer tidak memahami.”

Walaupun begitu, Fify dan Esther tidak melihat keengganan Aidit sebagai menghancurkan peluang mereka untuk mendapat imuniti.

“Pada mulanya, saya pun taknak ubah sangat tetapi selepas berbual dengan Syafinaz, saya ubah juga sedikit. Semua peserta hebat-hebat malam ini dan bagi saya, siapa yang lebih menonjol berhak mendapat imuniti,” kata Fify.

Esther pula menjelaskan setiap minggu dicubanya untuk memberikan persembahan yang terbaik. Ketika berjumpa Aidit, dia telah menyuarakan keinginannya untuk mengubah beberapa bahagian pada lagu “Dialah Di Hati” tetapi akhirnya, diikutnya cakap Aidit kerana menghormatinya.

“Saya masih tidak matang dan tidak tahu mengenai industri ini. Saya hormati Aidit dan mengikut separuh dari apa yang dikatakannya. Tapi kini saya tahu, saya mempunyai kebebasan untuk mengubah sesebuah lagu itu mengikut kesesuaian saya. Dan saya pasti akan melakukannya di minggu seterusnya.”

No comments: