.Followers.

Simple is Nice

Thursday, July 23, 2009

Universiti Putra Malaysia



PUTRA GEMILANG

Universiti Putra Malaysia
Gedung ilmu menara budi
Di sinilah berhimpun warga siswa
Menjunjung amanat BERILMU BERBAKTI

Teguh setia mengisi harapan
Insan bertaqwa penunjang peribadi
Berpadu tenaga mencapai kejayaan
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Universiti Putra Malaysia
Pembina wawasan gemilang
Universiti Putra Malaysia
Pembentuk siswa cemerlang

Semarak namamu di sinar zaman
Semerbak namamu di suara sanjungan
Penyumbang bakti ke anak bangsa
Pewaris sejati negara tercinta

Di damai desa di permai kota
Tersemat citramu semegah kenangan
Di darjat bangsa di daulat negara
Tersurat jasamu menjana kemajuan


Lirik : Dharmawijaya

LAGU KOLEJ 17

Indah Bercahaya Kolej Tujuh Belas

Modal Insannya Cemerlang

Menjadi Penyuluh Ke Arah Kejayaan

Citra Keunggulan Nusa Dan Bangsa


Warga Gemilang Kolej Tujuh Belas

Bersatu Mencapai Cita

Berakhlak Berbudi Pertahan Jati Diri

Martabat Pertiwi Disanjung Tinggi


Berilmu, Bertaqwa, Berjasa

Semua Cabaran Kami Tempuhi

Lahir Kejayaan Berkat Pengorbanan

Sejarah Dilakar Disini


Kilauan Berjasa Kolej Tujuh Belas

Keterampilan Yang Terpuji

Profesionalisme Pemangkin Kemajuan

Semarakkan Kemakmuran Negara


Bersama Hayati Wawasan

Pewaris Dan Pembela Watan

Satu Matlamat Dan Satu Perjuangan

Kekalkan Perpaduan


Indah Bercahaya Kolej Tujuh Belas

Modal Insannya Cemerlang

Menjadi Penyuluh Ke Arah Kejayaan

Citra Keunggulan Nusa Dan Bangsa


Warga Gemilang Kolej Tujuh Belas

Bersatu Mencapai Cita

Berakhlak Berbudi Pertahan Jati Diri

Martabat Pertiwi Disanjung Tinggi


Berilmu, Bertaqwa, Berjasa

Semua Cabaran Kami Tempuhi

Lahir Kejayaan Berkat Pengorbanan

Sejarah Dilakar Disini


Berilmu, Bertaqwa, Berjasa

Maju Terbilang Kolej Tujuh Belas


Berilmu, Bertaqwa, Berjasa

Kilauan Berjasa Kolej Tujuh Belas

No comments: