.Followers.

Simple is Nice

Saturday, April 16, 2011

AF9 | MINGGU 2 - PANDANGAN DI KACA MATA PEMINAT




PANDANGAN DI KACA MATA SEORANG PEMINAT
Minggu ke 2 pun bermula dgn 11 pelajar berentap setelah Laika di singkirkan minggu lepas. 


AFIF- ONE IN A MILLION
Rasanya arrangement music yg diberikan kepada afif agak fun and ok for him. Sebab i noe lagu nie agak susah dinyanyikan rentaknya. I love his style and the clothes. tapi entala nampak afif mcm xselesa dgn pergerakannya.
Suara afif tidak menonjol sangat menerusi lagu nie just mendatar.

♥ ♥ ♥


EKA- IM SORRY GOODBYE
Pada mulanya saya terkejut apabila aznil memberitahu eka akan menyanyi kan lagu kris dayanti sebab saya tidak mgikuti diari AF9 kali ini. Bagi saya lagu ini memerlukan soul dan penghayatan yg sgt tinggi. rasanya mmg betul eka tiada tone yg sedap untuk didengar dan ianya terbukti bila eka menyanyikan lagu ini.


AIDA-ILUSI
Persembahan aida agak biasa-biasa saja malam itu.Nampak sangat agak semput ketika menari. but the energy is there. Aida sangat beruntung disebabkan mempunyai rupa paras yg boleh menarik perhatian supaya penonton terus menonton persembahan aida.

♥ 


NERA- AKU,DIA DAN KAMU
kali ini nera akan menyanyikan sekali lagik lagu yang rancak.Bukan makanan nera tetapi she need to do well.Sekali lagik nervous memakan dirinya sekali lagik menyebabkan pitching lari.but nampak nera berusaha untuk memantapkan persembahan.sekurang2nya persembahan lebih baik berbanding minggu lepas.You need to do well girl coz Sabahan people have high hopes to u.

♥ 


MIZA- DI PINTU SEPI
Nampak sangat miza terlalu mencuba. Tiada kawalan terhadap suaranya. Pergerakannya juga agak tidak selesa.

♥ 


KAY- SELAGI ADA RINDU
Adik kepada bekas pelajar af 4,Diddy ini mempunyai tone yg sedap tetapi dlm persembahan kali ini terserlah sgt suara kay tidak sesuai untuk genre rock.Suara kay lebih sesuai menyanyikan lagu-lagu ballads.Suara kay sangat sedap utk di dengar tetapi memerlukan lagu yg sesuai utk beliau.

♥ ♥ ♥ 


ERUL- CINTA UNTUK NABILAH
suara erul sangat mengasyikan bila di dengar.Tetapi campuran banyak versi dalam persembahannya kali ini agak menjengkelkan penonton.Tetapi bagi saya its sumthing different.Tetapi erul perlu mencari identiti sendiri. good work !!

♥ ♥ ♥ 


AMIR- CINTA GILA
Persembahan amir kali ini agak mendatar. biasa ja. rasanya lagu ini bukan makanan amir atau mayb amir tidak menyukai lagu ini.Tetapi inilah Akademi Fantasia. Cabaran demi Cabaran.

♥ ♥ 


RAQIB- DAN BILA ESOK
Bila raqib start nyanyi ja di dengari suara vokalis sofaz. perlu cari style menyanyikan lagu ini. Tapi banyak effort yang dilakukan oleh raqib.Tetapo suara raqib sedap di dengar.

♥ ♥ 


LENA-KEKAL
one of the best performance of the nite. Setakat ini suara dan vokal yg bgus milik lena. Persembahan lena penuh dgn jiwa dan kawalan vokal yg bgus. Tetapi amat kedengaran suara lena sesuai utk genre dangdut. btw, keep up the good work girl !!

♥ ♥ ♥ 



AZRI- BILA RESAH
Persembahan azri biasa saja.jika di bandingkan dgn zahid yang pernah menyanyikan lagu ini juga, Zahid byk mewarnakan lagu ini berbanding azri.

♥ ♥ 




1 comment:

::FAIZ:: said...

tgk sebab Aznil ja...